Perancis Komited Hapuskan IS

34
0
SHARE
PARIS: Presiden Perancis, Francois Hollande berkata negaranya komited untuk menghapuskan kumpulan militan Negara Islam (IS) selepas berlakunya serangan pengganas pada Jumaat.

Berikutan itu, Perancis akan melanjutkan tempoh memerangi IS selama tiga bulan lagi bersama tentera bersekutu Amerika Syarikat (AS).

Sejak insiden berdarah di Paris yang mengorbankan 129 nyawa itu, Perancis memperhebatkan serangan udara di Syria dan Iraq yang menjadi kubu kuat IS.

Hollande ketika bercakap di Parlimen Perancis turut mahu kawalan keselamatan dipertingkatkan dengan penambahan anggota keselamatan.

Sebagai langkah lanjut, Hollande dijangka menemui Presiden AS, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk membincangkan kaedah memerangi IS.