Penubuhan UMNO Sejajar Dengan Firman Allah

8
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan Umno Selangor berkata penubuhan Umno sejajar firman Allah yang melarang perpecahan sesama umat Islam.

Khairil Anuar Saimun dari Umno Bahagian Kapar memetik Surah Ali Imran ayat 103 dan berkata, asas penubuhan Umno adalah penyatuan 26 pertubuhan bangsa Melayu di Istana Besar Johor bagi menuntut kemerdekaan.

“Umno tertubuh dengan firman Allah. Berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno ke-17 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Petikan penuh ayat tersebut adalah: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.”

Khairil berkata, melalui resolusi Umno Selangor yang diluluskan minggu lalu, mereka menggesa ahli parti Melayu itu menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan presiden Umno.