Pengusaha PKS Perlu Ikhtiar Cari Pembeli, Berfikiran Inovatif, Kreatif – Najib

164
0
SHARE

PUTRAJAYA: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu berikhtiar membawa terus produk yang dihasilkan kepada pembeli bagi mendapat keuntungan maksimum, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri juga mahu pengusaha industri berkenaan mencari bidang perniagaan dan peluang pasaran yang tidak terfikir oleh orang lain.

“Di pihak kerajaan, kita sentiasa mengutamakan PKS dan pembangunan luar bandar walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

“Dalam pada itu, pengusaha PKS juga harus berfikiran inovatif lagi kreatif dalam memasarkan produk masing-masing. “Mereka juga harus ada inisiatif untuk menjana kekayaan dan tidak cenderung kepada konsep makan gaji,” katanya dalam ucapan perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015, di sini sebentar tadi.

KUD 2015 berlangsung selama lima hari di Presint 3 di sini, bermula semalam dan disertai 700 usahawan serta 61 pempamer.