Pengerusi Bank Rakyat Dibebaskan Dengan Jaminan

274
0
SHARE

PUTRAJAYA: Pengerusi Bank Rakyat Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dibebaskan dengan jaminan selepas tempoh tahanan remannya berkaitan kes rasuah RM15 juta tamat.

Majistret Nik Tsfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan Abdul Aziz, 65, dibebaskan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak membuat sebarang permohonan untuk melanjutkan tempoh tahanan reman tujuh hari yang tamat pada Isnin.

Beliau adalah orang kedua dari Bank Rakyat yang disoal siasat oleh SPRM mengenai kontrak projek menaik taraf sistem bank dan penerbitan buku bernilai jutaan ringgit dan .

Pengarah urusan bank itu, 48, dibebaskan daripada tahanan reman oleh SPRM bersama-sama tiga lagi yang turut disoal siasat minggu lepas.

Turut ditahan adalah bekas pengarah perolehan bank dan dua pemilik syarikat penerbitan.