Pengasas Kumpulan Eagles, Glenn Frey Meninggal Dunia

61
0
SHARE

NEW YORK: Glenn Frey, pemain gitar dan pengasas bersama kumpulan rock terkemuka The Eagles, meninggal dunia pada usia 67 tahun, lapor AFP.

“Kami amat terkejut, rasa tidak percaya dan sangat bersedih,” kata rakan kumpulan Don Henley ketika memaklumkan berita pemergian Frey pada Isnin.

Kumpulan rock The Eagles sering mendominasi carta sekitar era 1970an dengan dengan lagu hit antaranya “Hotel California” dan “Tequila Sunrise.”

Menurut satu kenyataan di laman web rasmi The Eagles, Frey dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi artritis reumatoid, kolitis ulseratif akut dan pneumonia.