Peneroka Felda Jangan Termakan Hasutan Luar – Najib

230
0
SHARE

PUTRAJAYA: Peneroka Felda diminta tidak termakan hasutan luar mendakwa usahasama Felda Global Ventures (FGV) dan PT Eagle High Plantation di Indonesia tidak mendatangkan kebaikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap pada satu majlis bersama warga Felda hari ini, beliau berkata ini kerana mereka akan terlepas peluang keemasan yang dapat memberi banyak manfaat.

Beliau menyifatkan usahasama itu boleh mendatangkan keuntungan dan berkata masyakarat Felda harus berfikir memikirkan secara rasional dan waras akan peluang berkenaan.

“Kita sedia maklum, untuk Felda mengubah kualiti hidup masyarakat asal dan generasi kedua dan ketiga, kita juga ingin Felda menjangkaui sempadan negara.”Kita mahu Felda terus global dan sebab itu pada masa ini kita timbang usahasama FGV dan Eagle High.

“Kita yakin kalau dapat formula yang saling utuh untuk satu sama lain, maka FGV dan masyarakat Felda boleh kaut keuntungan besar,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada Generasi Felda dan Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof) sempena Program Salam Perantauan Warga Felda di Putrajaya.

Najib berkata, dalam setiap usaha sama, semua aspek perlu ditelitik sebaiknya.

“Apa yang perlu, kita fikir secara waras dan rasional. Jangan fikir hasutan mana-mana pihak sehingga yang baik jadi tidak baik, yang hak jadi batil.

“Kalau salah buat pertimbangan, maka terlepas peluang keemasan dan sukar untuk memperolehi peluang pada masa akan datang,” katanya.