Penemuan Serpihan Pesawat Di Maldives Bukan Dari MH370 – Liow

278
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kebanyakan serpihan yang ditemui di Maldives bukan dari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Bercakap kepada pemberita di Wisma MCA di sini Jumaat, Menteri Pengangkutan itu berkata keputusan itu diperolehi daripada pasukan penyiasat Malaysia yang berada di sana pada waktu ini.

“Pasukan saya menyaksikan serpihan yang ditemui dan kebanyakannya adalah negatif. Semua serpihan tiada kaitan dengan MH370 malah bukan dari bahan pesawat,” katanya.

Sekiranya terdapat baki serpihan yang dipercayai dari MH370, Liow berkata ia akan diserahkan kepada pasukan siasatan.