Pendakwah Yusuf Estes Dihalang Masuki Singapura

15
0
SHARE

SINGAPURA: Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) mengeluarkan arahan terbaharu untuk menghalang pendakwah bebas dari Amerika Syarikat Yusuf Estes daripada memasuki Kota Singa itu.

Arahan itu telah dikeluarkan pada Jumaat dan ia diputuskan selepas sebelum ini dua lagi penceramah terkenal iaitu Mufti Menk atau Ismail Musa Menk dan Haslin Baharim turut dikenakan sekatan oleh MHA.

Menurut MHA, larangan itu dibuat selepas mengambil kira kenyataan Estes yang dianggap bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat di negara itu yang berbilang kaum dan agama.

Ini termasuk kenyataan beliau yang didakwa mencetus kontroversi iaitu ‘meraikan perayaan agama lain bukan ajaran agama Islam’.

Difahamkan, larangan itu juga dibuat bagi menjaga keharmonian agama dan sosial di Singapura ketika ini.