Pendakwa Raya Swiss Minta Bantuan Malaysia Dalam Siasatan 1MDB

134
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwa raya Switzerland meminta bantuan pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan pencurian besar-besaran daripada sebuah firma dimiliki kerajaan yang ketika ini berdepan skandal rasuah.

Pihak penyiasat Switzerland mempercayai kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, dana yang diperuntukkan untuk tujuan ekonomi dan projek pembangunan di Malaysia.

Sebahagian wang tunai dipindahkan ke dalam akaun berpangkalan di Switzerland milik seorang pegawai dari Malaysia dan juga bekas pegawai daripada Emiriyah Arab Bersatu, kata peguam negara Switzerland dalam satu kenyataan hari ini.

“Sehingga hari ini, bagaimanapun syarikat Malaysia terbabit tidak membuat sebarang komen mengenai kehilangan yang mereka percayai menanggungnya,” kata pendakwa raya itu.
“Langkah meminta bantuan bersama diambil bagi menasihati syarikat dan kerajaan Malaysia hasil daripada prosiding jenayah Switzerland, dengan tujuan menyiasat sama ada skala kehilangan tersebut sudah berlaku.”

Pada September, pihak berkuasa mengumumkan sudah membekukan aset dianggar bernilai “AS$10 juta” dalam sebuah akaun di Switzerland sebagai sebahagian daripada siasatan.

Pejabat Peguam Negara berkata permintaan bantuan itu dibuat sebagai sebahagian prosiding kes jenayah yang dibuka Ogos lepas membabitkan 2 pegawai Malaysia dalam syarikat dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan “seorang individu tidak dikenali”.

Mereka disyaki merasuah pegawai asing, salah laku dalam pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah.

“Setakat ini 4 kes yang melibatkan tuduhan perlakuan jenayah meliputi tempoh 2009-2013 sudah diketahui,” kata kenyataan itu, “melibatkan tindakan kursus sistematik yang dijalankan melalui struktur kewangan yang kompleks”.

Permintaan bantuan itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat antara peguam negara Switzerland dan rakan sejawatannya dari Malaysia di Zurich pada bulan September, kata kenyataan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di bawah tekanan politik atas dakwaan beratus juta dolar hilang dalam 1MDB.

Beliau menafikan sejumlah wang besar yang dimasukkan dalam akaun miliknya digunakan untuk tujuan peribadi tetapi sebaliknya digunakan untuk menghadapi pilihan raya pada 2013 lalu.

Pada Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, keluarga diraja Saudi adalah sumber wang derma sebanyak AS$681 juta yang memasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Namun, pengakuan tersebut mencetuskan persoalan baharu memandangkan Malaysia sering terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah. – INSIDER