Pemimpin BN Jumpa Najib Nyata Sokongan

256
0
SHARE

PUTRAJAYA: Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bertemu di Pejabat Perdana Menteri untuk menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata Najib menyampaikan mesej kepada ketua-ketua parti komponen untuk menjadikan parti terus kuat dan bersatu.

“Mesej PM adalah untuk memastikan parti terus kuat. Beliau juga memberitahu kami apa yang perlu dilakukan.

“Kami (pemimpin parti komponen) menunjukkan sokongan kepada PM,” kata Masing ketika ditanya pemberita sebaik sahaja keluar dari Pejabat Perdana Menteri selepas mesyuarat tersebut.

Masing juga berkata isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dana AS$700 juta dalam akaun Najib tidak dibangkitkan dalam mesyuarat itu.

Katanya, semua pimpinan tertinggi parti hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.