Pembangkang Tetap Bawa Usul Undi Tidak Percaya

29
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya akan tetap akan memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kira sama ada diterima atau ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Soal tolak atau tidak, itu soal lain, namun kita akan tetap failkan juga usul undi tidak percaya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum itu, Dr Wan Azizah juga mengadakan pertemuan dengan speaker membincangkan usul tersebut berikutan pengumuman Pandikar yang usul undi tidak percaya itu mungkin tidak akan dibahaskan pada sesi ini.

Kata Pandikar, melalui peraturan mesyuarat, mana-mana usul yang ingin dibawa ke dalam perbahasan di Dewan Rakyat perlu dikemukakan 14 hari sebelum Parlimen bersidang.