‘Pembangkang Sengaja Mahu Jatuhkan UMNO’ – Tengku Adnan

2451
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: UMNO adalah sebuah parti yang kukuh dan kuat dalam mempertahankan hak rakyat, namun ia ‘jatuh’ dikancah permainan politik kotor pembangkang, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, kebanyakan ahli UMNO tidak sedar akan hal ini yang mana pembangkang sengaja cuba memporakperandakan parti berkenaan.

“Mereka (pembangkang) sering  mengadu domba tentang pemimpin-pemimpin kita. Masalahnya mereka fitnah bukan buat kepada Datuk Seri Najib (Tun Razak) tetapi mereka buat ini kepada Presiden kita supaya UMNO menjadi lemah.

“Sedarlah, bangkitlah mempertahankan Presiden kita,” kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh ahli UMNO ketika berucap pada Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2015 di Kompleks Darul Puteri PPIM yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Tengku Adnan turut berkata, media harus memainkan peranan yang sebenarnya dengan menyebarkan berita yang benar bukan menabur fitnah terhadap UMNO.

Katanya juga, apa yang belaku sekarang disebakan ada pihak yang takut melihat Malaysia sebuah negara Islam contoh kepada negara lain.

“Oleh itu mereka tidak mahu melihat pemimpin Ulil  Amri kita ini berjaya membina satu bangsa, satu negara yang maju di mata mereka,” tegas beliau lagi.