Pembangkang Sambut Bajet Dengan Sepanduk ‘Mana 2.6 Bilion?’

412
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sepanduk menuntut untuk mengetahui apa yang berlaku kepada “derma” RM2.6 bilion yang diterima Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja perdana menteri selesai membuat ucapan penggulungan Bajet 2016 hari ini.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang berdiri, mengangkat sepanduk dengan perkataan “Di mana RM2.6 bilion?” yang ditulis dengan warna merah.

Tindakan itu membangkitkan kemarahan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).