Pemandu Teksi Berarak Ke Parlimen

160
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pemandu Teksi Lembah Kelang hari ini berkumpul di Padang Merbok bagi membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi ‘Uberteksi’ dan ‘Grabcar’.

Mereka mendakwa perkhidmatan aplikasi itu menjejaskan periuk nasi pemandu teksi.

Kira-kira 250 pemandu berkumpul di situ sejak jam 10 pagi.

Mereka melaungkan ‘Hidup teksi’ serta membawa plakad ‘Say no to Uber’ dan ‘Mr PM help us’.

Ada di antara mereka yang membunyikan hon kenderaan dan meniup vuvuzela.

Penyelia Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, Kamarudin Mohd Hussain berkata perhimpunan ini bertujuan memartabatkan kebajikan mereka setelah mendakwa SPAD gagal berbuat demikian.

“Perhimpunan aman warga pemandu teksi bertujuan memartabatkan kebajikan kami ini setelah SPAD gagal menyahut seruan kerajaan spaya merangka langkah-langkah tertentu demi menjamin ekonomi pemandu teksi.

“Tan Sri Hamid Albar sering memberi alasan di luar bidang kuasa mereka membanteras kereta sapu dan Uber yang menjejaskan teruk pendapatan pemandu teksi.,” katanya.

Menurut Kamarudin, perhimpunan hari ini juga adalah untuk merayu simpati daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya prihatin terhadap masalah mereka.

“Kami hari ini berdiri (di) tengah panas, dan mungkin sebentar lagi hujan bukan untuk menentang kerajaan atau memainkan isu politik dan perkauman.

“Hari ini kita hendak menzahirkan ketidakpuasan hati kita terhadap SPAD dan mengahari perhimpunan ini secara aman pada jam 5 petang,” katanya.

Pihak penganjur menyasarkan seramai 10,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang akan menyertai perhimpunan selama lima jam yang dijadualkan bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.

Kira-kira sejam kemudian, jumlah yang hadir semakin ramai dan dianggarkan melebihi 300 orang daripada 27 persatuan.

Kamarudin berkata pemandu teksi juga akan menghormati permintaan pihak polis supaya mereka tidak melakukan bantahan di KLCC, Dataran Merdeka, mahupun Bukit Bintang.

“Kita amat menghormati kepercayaan yang diberikan OCPD Dang Wangi. Oleh itu saya menyeru kepada pemandu teksi berhimpun di sini.

“Kita akan serahkan dua memorandum di parlimen,” katanya sebelum mengambil keputusan untuk berarak ke Parlimen bagi menghantar dua memorandum bantahan.

Para pemandu tiba di Jalan Parlimen kira-kira jam 11.35 pagi. Bagaimanapun polis menahan mereka 100 meter dari luar pagar parlimen dan meminta mereka menunggu sebentar.

Jumlah mereka semakin ramai dengan dianggarkan tidak kurang 500 pemandu teksi yang berbaris sepanjang Jalan Parlimen, sambil terus meniup vuvuzela dan mengangkat sepanduk. – MK

SHARE
Previous articleNajib Kecam Pengganas Pancung Tebusan Malaysia
Next articleIsu 1MDB: Tak Ada Keperluan Panggil Najib – PAC