Pelekat Vandalisme “Di Mana RM 2.6B?”

151
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Jika selama ini pelekat pinjaman wang haram dan ubat kuat bertebaran di seluruh bandaraya, pagi ini pelekat ‘Di Mana RM2.6b?’ pula dikesan oleh wartawan MySuara ditampal di mesin imbas ‘Touch N Go’ di kawasan tol sekitar Lembah Klang.
Pihak yang bertanggungjawab gagal dikesan kerana tiada sebarang pengenalan organisasi atau parti politik tertera pada pelekat berkenaan. Perbuatan vandalisme itu adalah menjadi satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Iklan dan Undang-Undang Kecil Vandalisme.
MySuara telah menghubungi pihak konsesi tol dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan maklum balas namun masih belum berhasil.