Pelancaran Buku Bicara Budi

12
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pelancaran Buku Bicara Budi yang ditulis oleh Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di reruai ITBM Aras 3, PWTC.

Bicara Budi adalah hasil koleksi rencana-rencana Budiman Mohd Zohdi yang pernah tersiar dalam akhbar arus perdana dan vernakular tempatan. Sejumlah 22 rencana ditulis dalam bahasa Melayu, sebuah dalam bahasa Inggeris dan empat lagi dalam bahasa Cina.

Bicara Budi mempunyai 129 halaman dan dijual dengan harga rm30 senaskah dan boleh didapati sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).