Pelan Bunuh Perdana Menteri Britain Gagal

8
0
SHARE

PLOT untuk membunuh Perdana Menteri United Kingdom Theresa May telah digagalkan, kata satu sumber rasmi.

Menurut laporan Sky News, polis percaya ada perancangan melancarkan sejenis alat letupan yang dibuat di kediaman Perdana Menteri di Downing Street.

Sky News menambah bahawa ini adalah sesuatu yang telah dihidu selama beberapa minggu oleh Scotland Yard, MI5 dan Polis West Midlands.

Terdahulu, jurucakap Perdana Menteri Theresa May berkata bahawa Britain telah menggagalkan sembilan plot dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Sementara itu, media melaporkan, dua lelaki akan hadir di mahkamah di London pada Rabu, berdepan tuduhan merancang plot yang membabitkan pembunuhan Theresa May.

Polis Metropolitan London menamakan mereka sebagai Naa’imur Zakariyah Rahman, 20, dari utara London dan Mohammed Aqib Imran, 21, dari tenggara Birmingham.

Kedua-dua lelaki itu ditahan kerana disyaki merancang untuk membunuh perdana menteri dengan menggunakan bom bagi meletupkan pintu Downing Street dan kemudian menyerangnya dengan pisau, kata laporan itu.