Paul Stadlen Miliki Status PR – Zahid

262
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Konsultan perhubungan awam, Paul Stadlen memegang permit penduduk tetap negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Oleh itu, beliau bebas datang dan bekerja di negara ini tanpa memerlukan permit kerja daripada Jabatan Imigresen,” katanya ketika menjawab soalan bertulis dikemukakan Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen.

Wong dalam soalannya, bertanya adakah bekas ketua Apco Malaysia itu mempunyai permit kerja sah dan identiti kakitangannya.

Zahid bagaimanapun tidak menjawab siapa kakitangan Stadlen sekarang atau sebelum ini.Stadlen adalah bekas ketua cawangan Kuala Lumpur bagi firma perhubungan awam antarabangsa, Apco Worldwide.

Beliau juga dikatakan seorang daripada pasukan komunikasi Pejabat Perdana Menteri.

Pada Mei lalu, Putrajaya tidak memberikan jawapan jelas mengenai kedudukan dan peranan Stadlen dalam kerajaan apabila menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, mereka tidak membayar sebarang gaji kepada Stadlen.

Dakwaan kehadiran Stadlen menyebabkan pembangkang mendesak Putrajaya mendedahkan secara terperinci mengenainya.