PAU 2015: Orang Ramai Mula Bosan, Tiada Tayangan Perbahasan

628
0
SHARE

Berita & Foto: Khizairi Khizan
KUALA LUMPUR: Hari kedua Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke-69 hari ini bersambung dengan perbahasan daripada para perwakilan.

Namun, kali ini perbahasan yang berlangsung tiada tayangan di ruang legar untuk orang ramai yang datang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sebaliknya layar gergasi yang berada diruang legar itu menayangkan ulangan rakaman ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Nyata keadaan itu membuatkan orang ramai yang hadir mula bosan dan mereka terpaksa membuat aktiviti sendiri antaranya mengunjungi gerai-gerai jualan yang tersedia di situ.

Seorang pengunjung, Aminah Rahman berkata, dia datang ke PWTC semata-mata ingin mendengar perbahasan daripada perwakilan, namun kecewa dengan keadaan berkenaan.

Katanya, setiap tahun perbahasan pasti orang ramai yang bukan daripada perwakilan dapat sama mendengar ucapan di dalam dewan.
“Tahun ni tak seronok la…semua nak tutup (ucapan).

Tahun sudak ok saja..kami yang bukan perwakilan pun boleh tahu apa yang dibahaskan di dalam dewan. Habis tu tahun ini kami yang datang ni nak buat apa? Nasib baik ada gerai boleh juga jalan-jalan (berlegar),” katanya kepada MySuara.

Bagi Mohd Hassan pula, dia dan anaknya datang seawal jam 7 pagi lagi kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk mendengar perbahasan perwakilan.

“Jam 7 pagi tadi saya dah sampai PWTC…tapi macam ini pula. Semalam ada (tayangan perbahasan secara langsung) hari ni tak ada. Baik tak datang kalau macam ni,” luahnya.