Pasca HPPNK 2017: Bidang Kulinari Displin Yang Perlu Diperhebatkan

9
0
SHARE

Oleh: Fadhil Daud

SERDANG: Bidang kulinari harus dibangunkan sebagai  salah satu pemangkin kepada agromakanan dan agropelancongan yang dapat membantu melahirkan profesional dalam bidang sajian dan persembahan.

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kulinari adalah suatu displin yang perlu dititikberatkan bagi mewujudkan seni hidangan yang dapat mewujudkan perasaan cinta terhadap makanan.

Beliau menambah sudah tiba masanya  untuk sesuatu jabatan atau agensi ditubuhkan bagi meninjau perkembangan bidang itu  dan tidak hanya dibuat secara individu atau inisiatif sendiri

“Kulinari tidak ada suatu kementerian yang secara khusus memantau bidang ini sebagai suatu disiplin. Sehingga perlu suatu masa nanti kita tubuhkan jabatan kulinari untuk bangunkan tukang masak, cara hidangan dan seni persembahan.

“Sekarang ini ianya dibuat secara individu atas dasar inisiatif sendiri dan tiada orang nak daftarkan perkara ini. Kita perlu bangunkan secara serius pada hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017,” katanya selepas ditemui pada sidang media HPPNK dan MyFF di Maeps.

Shabery turut berlapang dada sekiranya ada mana-mana agensi bersama dalam membanggunkan bidang kulinari sebagai suatu nilai tambah yang mempunyai potensi besar.

“Kita gembira jika diberikan kesempatan melihat perkara ini sebagai satu daripada masa depan dalam bidang agromakanan. Persembahan masakan itu merupakan sesuatu yang memiliki nilai tambah yang hebat”, ujarnya.

SHARE
Previous articleAlmarhum Sultan Abdul Halim Disemadi
Next article“Agroyouth” Akan Diteruskan Pada HPPNK 2017