PAS Vs Amanah: Siapa Untung?

1563
0
SHARE

Oleh: Wartawan MySuara

Pakatan Rakyat (PR) diwujudkan melalui harapan rakyat untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN). Tetapi PR sudah tidak lagi wujud secara rasmi. PAS dan DAP tidak mungkin berdamai dan ada yang tidak inginkan mereka ini berdamai. Maka nilai PR sudah tidak seperti dulu. Sudah jatuh merudum. Rakyat sudah tidak lagi yakin untuk memberi undi kepada mereka selagi satu gabungan yang mampu berkerjasama tidak diwujudkan.

Oleh itu wujudlah Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu menggantikan PAS. Bagi Amanah, PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik negara adalah disebabkan pendekatan pimpinan utama PAS terhadap rakyat dan PR yang banyak berubah. Bekas ahli PAS menyertai parti itu sebenarnya takut akan kehilangan undi Melayu dan bukan Melayu, oleh itu mereka merasakan mungkin akan kalah di kawasan yang telah ia menanginya sebelum ini.

Namun Amanah perlu sedar mereka adalah serpihan PAS. Mungkin batang tubuh atau idealisma mereka tidak diterima oleh 80% ahli PAS berdasarkan keputusan muktamar lalu dan mereka kecewa. Adab berjemaah akur dengan keputusan jemaah malangnya mereka mahu teruskan juga asalnya atas alasan mahu kuatkan PAS.

Amanah yang sebelum ini berjalan dengan nama Gerakan Harapan Baru (GHB) telah memulakan perang psikologi sejak awal lagi untuk mendesak PAS. Walaupun sokongan dan keinginan untuk perubahan sememangnya ada, tetapi rakyat tidak sanggup keluar dari mulut buaya masuk ke mulut singa.

Dalam perjalanan itu juga kita dapat lihat PAS juga mula bertindak balas dengan bekas sekutunya, DAP apabila merancang meletakkan calon dalam kalangan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di kawasan bukan Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, calon dalam kalangan DHPP itu juga adalah dalam kalangan bukan Melayu untuk berhadapan dengan bekas sekutunya tersebut.

“Pas tidak teragak-agak membuat kajian mendalam untuk kita meletakkan calon bukan Islam mewakili parti pada pilihan raya umum akan datang dan perkara itu sedang dilakukan oleh pihak Pas pusat,” katanya.

Tindakan itu dilihat sebagai ‘serangan’ balas parti itu kepada Amanah apabila menyatakan pendirian untuk bertanding di semua kawasan termasuk yang dikuasai oleh Pas.

Dengan demikian Amanah dalam pakatan pembangkang dilihat tidak memberi nilai tambah sebaliknya menjadikan pakatan berkenaan makin kucar-kacir dan caca merba. Perkara berkenaan dapat dilihat setelah berlaku pertembungan pendapat antara pimpinan yang menyertai kumpulan Amanah dengan rakan sekutu PR yang lain berkenaan posisi Pas dalam pakatan pembangkang baru kelak.

Keadaan itu tentunya merumitkan keadaan untuk parti-parti pembangkang menggerakkan gabungan pakatan baru setelah lahirnya parti Amanah pimpinan bekas Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu yang tewas secara pukal bersama kawan-kawannya yang lain di dalam pemilihan parti itu sebelum ini.

Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh yang mana Amanah ini bakal menjadi alat kepada DAP sebagai kuda mereka dalam permainan catur perluasan kuasa DAP dalam landskap politik negara. PKR bukan sepenuhnya Islam. Jika kita kaji kembali Adun dan Ahli Parlimen PKR boleh dinilai berapa yang beragama Islam dan berapa yang bukan Islam. Gabungan PKR, DAP dan Amanah nyatanya adalah alat dan perangkap penguasaan DAP sebagai ‘dominant king maker’.

Ini adalah satu isyarat kepada rakyat bahawa apakah gabungan ini yang mahu diharapkan untuk menjaga kebajikan serta menerajui negara.

SHARE
Previous articleHimpunan Baju Merah: 20 Laluan Ditutup Berperingkat Esok – Polis
Next articleLautan Merah Di PWTC