PAS ‘Tutup Buku’ Isu Bai’ah

297
0
SHARE

Oleh: Wartawan MySuara

SHAH ALAM: PAS berpendirian bahawa tidak mahu memanjangkan isu baiah wakil rakyatnya yang keluar dari parti terbabit dengan menyerah soal ini kepada Allah SWT sahaja.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, terpulang kepada individu yang terlibat untuk bertanggungjawab atas sumpah yang pernah mereka buat.

“PAS akan tutup buku dalam isu baiah, kita tak nak panjangkan isu ini.

“Akujanji dan sumpah yang dilafazkan terserah pada individu yang terlibat. Kalau mereka (ahli PAS yang keluar parti) berasakan sumpah tersebut tak terpakai, terserahlah sebab itu moral mereka.

“Mereka telah berjanji dengan Allah dan bersaksikan manusia. Kalau rasa dengan baiah (yang dilafazkan ketika menjadi calon) tak beri kesan, kita (PAS) serah pada Tuhan”, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kongres Rakyat di Shah Alam hari ini.

Menurut Takiyuddin lagi, wakil rakyat terbabit juga tidak perlu meletakkan jawatan.

Namun katanya, moral seseorang itu akan terjejas apabila mereka melanggar janji pernah dibuat.

Mengulas berhubung tindakan PAS terhadap ahlinya yang keluar parti, Takiyuddin berkata PAS tidak akan mengambil pendekatan undang-undang bagi mengheret mana-mana wakil rakyatnya yang melanggar baiah.

SHARE
Previous articleEnam Jemaah Malaysia Disahkan Cedera
Next articleKren Tumbang: Seorang Jemaah Haji Warga Malaysia Disahkan Meninggal Dunia