PAS Tidak Sertai BN

81
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang Sabtu lalu memutuskan parti itu tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh, bagaimanapun menjelaskan parti itu bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak, khususnya dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan.

“Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 2 Januari lalu sudah bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

“Majlis Syura Ulamak juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan. Ulasan itu dibuat Zawawi susulan desas desus yang timbul semalam berkenaan badan tertinggi PAS itu yang dikatakan sudah membuat keputusan berhubung isu kerjasama UMNO-PAS.

Beliau juga berkata, salah satu daripada dasar Islam yang dipegang oleh PAS ialah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.