PAS Sarawak Puji Keputusan Adenan Mansuh Tol

103
0
SHARE

MIRI: PAS Sarawak memuji Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem atas usahanya memansuhkan kutipan tol di negeri ini bagi meringankan beban rakyat disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataan hari ini berkata walaupun tol dimansuhkan tetapi masalah keperluan rakyat masih memberi tekanan kepada kehidupan rakyat biasa.

Beliau mencadangkan kerajaan negeri memberi tumpuan terhadap soal perumahan khusus bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana dan rendah di negeri ini serta mengkaji semula tarif elektrik.

“Kerajaan juga perlu membina lebih banyak jambatan dekat terminal feri bagi memendekkan perjalanan untuk penduduk kampung yang terpaksa beratur panjang untuk menyeberangi sungai,” katanya.