PAS Mahu Bertanding 40 Kerusi DUN Johor

408
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Selepas bersendirian dalam politik tanpa DAP dan PKR, PAS merancang untuk menambah calon sehingga 40 kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang di Johor, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Pesuruhjaya Johor itu dilapor akhbar Sinar Harian sebagai berkata, walaupun parti Islam itu kini bersendirian, PAS tetap akan bertanding di mana-mana kerusi yang dirasakannya boleh mendapat sokongan rakyat terutamanya di Johor.

“Kalau dulu kita hanya bertanding 29 kawasan (di Johor), akan datang mungkin lebih… mungkin sampai maksimum… mungkin 40.

“Kita akan bertanding di mana-mana mereka (musuh PAS) bertanding. Walaupun tidak ada komponen (parti) daripada bangsa lain, tetapi PAS akan memberikan peluang kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk bersama bertanding pada PRU akan datang,” katanya.

Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Dewan Ulama PAS itu mengulangi desakannya terhadap wakil rakyat yang menang PRU13 atas tiket PAS supaya melepaskan jawatan sekiranya keluar parti dan menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Katanya, seseorang wakil rakyat tidak akan menjadi calon tanpa kelulusan dan sokongan daripada majlis syura ulama, jawatankuasa PAS pusat dan jawatankuasa PAS negeri.

“Dia menang itu bukan menang sendirian. Duitnya itu ahli PAS yang bagi, tenaga pun ahli PAS yang bagi, panjat bendera, bagi makan kepada petugas-petugas. Semua itu ahli PAS.

“Tidak tepatlah kalau dia kata dia YB Pakatan Rakyat. Sebab PR tidak ada simbol yang satu pun, ia tidak didaftarkan. Tidak seperti Umno-BN. Sebab itu masing-masing menggunakan bendera masing-masing,” katanya.

Namun tegasnya, musuh utama PAS ialah Umno-BN dan partinya tidak ada cadangan atau niat untuk bekerjasama dengan parti pemerintah itu.

“Walaupun itu (bergabung dengan Umno-BN) menjadi ‘wirid’ dan ‘zikir’, namun musuh-musuh politik kita seolah-olah PAS hendak bergabung…no…no way! Kerana ini diputuskan oleh Majlis Syura dan juga AJK PAS Pusat,” katanya. – SINAR

SHARE
Previous articlePembikin Filem Perlu Berani Keluar Zon Selesa – Najib
Next articleMaria Chin Penyangak, Enggan Bayar Kos Pembersihan Bersih 4.0 – Rahman Dahlan