PAS: Jangan Marah Kalau Kami Masuk Kawasan DAP

42
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kawasan mereka mungkin akan dirobek DAP dalam pilihan raya umum lalu, tetapi wakil-wakil rakyat PAS berkaitan tidak melihat perkara itu sebagai ancaman yang nyata.

Malah, ketika dihubungi, mereka yakin rakyat akan membuat pilihan bijak dalam pilihan raya umum akan datang, walaupun mungkin berdepan jalan sukar pertembungan tiga penjuru dengan BN.

“Semua parti ada hak bertanding. Masuk pilihan raya untuk bertanding, bukan bersanding.

“Mereka (DAP) yang mulakan. Jangan marah kalau lepas ini kita (PAS) bertanding di tempat mereka pula,” kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abd Rani Osman.

Meru antara kawasan yang berada dalam perkiraan DAP sekarang ini selain Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua hari ini mengumumkan perkara itu atas kepercayaan mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang, walaupun dalam pertembungan tiga penjuru.