PAS Boleh Pecat Husam – Takiyuddin

130
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan atau dipecat daripada PAS.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian bagi mengulas tindakan Husam yang kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti itu.

Memetik laporan Bernama, Takiyuddin berkata perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.

“Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti,” katanya.

Sementara itu Takiyuddin berkata PAS mengalu-alukan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakilinya.

Beliau berkata PAS tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan anggota AMANAH terdiri daripada kalangan bekas anggota PAS.

“(AMANAH) tak ada kena mengena dengan kita dan dia tak perlu nak ‘consult’ dengan kita pun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Tionghua Kelantan Datuk Chan Chia Ling.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili PAS.

SHARE
Previous articleEnjin Kereta Api Ekspres Rakyat Terbakar, 310 Penumpang Selamat
Next articleCermin Kokpit Retak Punca Penumpang Rayani Air Terkandas