Papagomo Mengaku Salah Cederakan Warga Asing

137
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi Papagomo mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan mencederakan seorang warga Pakistan pada 29 Januari lalu.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris mengaku bersalah di hadapan Majistret Husna Dzulkifly di Mahkamah Majistret di sini, hari.

Papagomo didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Hukuman terhadap Papagomo akan diputuskan lewat petang ini.

Mengikut kertas pertuduhan Papagomo didakwa menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan.

Rakaman video perbuatannya itu yang berdurasi empat minit dimuatnaik di Facebook dan menjadi viral di media sosial.

Papagomo kemudian memuatnaik satu lagi rakaman video bagi mempertahanankan tindakannya memukul pekerjas asing itu.

Dia mendakwa lelaki itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya serta dua lagi rakan mereka.