Pandikar Putuskan Isnin Sama Ada Soalan RM2.6 Billion Subjudis

117
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan membuat keputusan mengenai sama ada soalan yang berhubungan dengan skandal derma RM2.6 bilion adalah subjudis, kata Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee.

“Saya telah minta nasihat speaker sama ada untuk membenarkan Pengerang (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said) menjawab soalan kerana (ini adalah subjudis)

“Beliau berkata perkara ini hanya akan diputuskan Isnin depan,” kata Ronald pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) membangkitkan peraturan tetap dengan memetik Perintah Tetap 36 (2) yang hanya speaker boleh memutuskan jika sesuatu perkara adalah subjudis.

Gobind membantah dan menuntut keputusan segera hingga memaksa Ronald berkata lebih baik “berada di pihak selamat”, perkara itu adalah subjudis.

Ini mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat dengan ahli parlimen pembangkang enggan menerima keputusan itu.