‘Orang Tinggi’ Tarik Perhatian Kumpulan Baju Merah

398
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Dalam suasana yang bergema dengan laungan kata-kata semangat semasa perarakan Himpunan Rakyat Bersatu hari ini di Padang Merbok, kehadiran ‘orang tinggi’ mencuri perhatian para peserta kumpulan baju merah itu.

‘Orang tinggi’ berkenaan yang berpakaian serba merah tiba-tiba muncul dalam kesesakan orang ramai.ORANGTINGGI_MERAH2

Para peserta himpunan berkenaan tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan ‘orang tinggi’ itu.

Sementara itu, hampir 50,000 peserta himpunan berkenaan membanjiri Padang Merbok.

Rata-rata mereka membawa sepanduk dan bendera Malaysia termasuk bendera NGO yang diwakili berarak masuk ke padang berkenaan.