Operasi Udara Trilateral Kekang Ancaman Pengganas

5
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Malaysia, Indonesia dan Filipina buat julung-julung kalinya akan bekerjasama dalam Operasi Udara Trilateral (TAP) dalam menjaga keselamatan di perairan Sulu bagi mengekang ancaman pengganas serta penculikan melibatkan kawasan berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerjasama tiga negara itu akan menggunakan konsep sama dalam mengawasi perairan Selat Melaka ‘Eye In the Sky’ yang pernah dilancarkan sebelum ini.

Katanya, Malaysia akan mengetuai operasi tersebut dan dikoordinasi bersama dengan Filipina serta Indonesia bagi menjaga keselamatan perairan itu.

“Tiada tempoh tertentu operasi berkenaan dilakukan sehingga keadaan benar-benar selamat. Operasi akan dilakukan secara bersama antara ketiga-tiga negara.

Ini adalah langkah positif dan perlu berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan negara terlibat,” katanya ketika menghadiri Majlis Pelancaran TAP di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

SHARE
Previous articleDua Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Pulang Esok
Next articleSiasatan SPRM Bukan Berdasarkan Parti Politik