Operasi Rayani Air Digantung 3 Bulan

115
0
SHARE

PUTRAJAYA: Sijil Pengendali Udara (AOC) Rayani Air digantung selama tiga bulan, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata surat penggantungan itu sudah dikeluarkan tadi mengikut Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam 1996.

“Satu sesi inkuiri dengan pihak Rayani Air akan diadakan pada 12 Mei ini,” katanya selepas memberi taklimat mengenai kenaikan yuran penerbangan di sini, hari ini.