Ong Kim Swee Dilantik Ketua Jurulatih Harimau Malaya

79
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Pelantikan itu diumumkan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad di Wisma FAM di sini pada petang Isnin.

Kim Swee yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara sebelum ini memangku jawatan tersebut bagi menggantikan Dollah Salleh.

Dollah meletak jawatan sebagai jurulatih berikutan kekalahan memalukan 10-0 skuad negara kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, UAE, 3 September lepas.