“OlaBola” Sehingga Kini, Mengutip RM8 Juta

161
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Filem OlaBola terbitan Astro Shaw menunjukkan angka luar biasa pada tahun ini apabila mencatatkan kutipan terbaharu iaitu RM8 juta selepas 13 hari ditayangkan.

Berita itu dimaklumkan oleh Astro Show dalam satu kenyataan kepada mStar Online yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Karya arahan Chiu Keng Guan yang sebelum ini turut mengarahkan filem box-office The Journey itu telah mengalahkan filem Mat Moto yang mendapat kutipan lebih RM4.2 juta.

Menurut kenyataan itu, OlaBola mendapat lebih 200,000 juta pendedahan di media sosai selain menjadi trending sebanyak sembilan kali di Twitter.

OlaBola yang ditayangkan bermula 28 Januari lalu menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen.

Ia ditayangkan di lebih 120 pawagam termasuk Brunei.

Filem berkenaan mengambil inspirasi daripada kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Tahun lalu, filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak mencatatkan kutipan mengejutkuan iaitu RM17.4 juta (berdasarkan rekod Finas).