Nurul Izzah Dirujuk Ke Jawatankuasa Parlimen

54
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis bersetuju merujuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kepada  Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuannya dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu, Jacel Kiram.

Keputusan tersebut dicapai menerusi undi belah bahagian iaitu seramai 105 wakil rakyat menyokong manakala 77 ahli Parlimen lagi menentang terhada usul berkenaan.