Nik Nazmi Suruh KJ Jadi ‘Bintang TV’

111
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

SHAH ALAM: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menyarankan kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar menjadi ‘bintang televisyen’.

Beliau berkata demikian kerana melihat Khairy gagal menegur kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui dakwaan yang dilemparkan.

“Nasihat saya kepadanya, lebih baik fokus saja menjadi bintang televisyen,” kata Nik Nazmi dalam ucapan penggulungnya di Kongres Nasional PKR Ke-11, petang ini,

Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia menyeru kepada pengundi muda supaya tidak lagi mengharapkan UMNO dan BN khususnya kepimpinan Khairy yang sering dilihat ‘sederhana dan liberal’.

“Saya ingin menyatakan dengan jelas kepada pengundi-pengundi muda Malaysia. Tiada gunanya anda mengharapkan UMNO dan BN terutamanya pimpinan muda mereka.

“Mereka telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka tidak mampu menegur kebangkrapan moral pimpinan utama mereka,” katanya.