NGO Wangsa Maju Zahir Sokongan Terhadap Najib

114
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Lebih 300 ahli daripada 23 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Ketua Cawangan UMNO Parlimen Wangsa Maju sepakat menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wangsa Maju, Rashid Abu Samah yang mewakili NGO berkenaan mengakui bahawa jawatan Perdana Menteri adalah sebuah institusi yang dipilih secara demokratik melalui proses pilihan raya umum dan dihormati.

“Kami mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bersekongkol dengan Lim Kit Siang membentuk deklarasi rakyat menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri.

“Kami mendesak Majlis Tertinggi segera mengadakan mesyuarat khas membincangkan dan mengenakan tindakan tegas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah,  Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang seolah-olah menjadi gunting dalam lipatan,” katanya di Wangsa Maju, malam ini.