Nelo Vingada Letak Jawatan

13
0
SHARE

PETALING JAYA: Pengendali skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada meletak jawatan selaku ketua jurulatih kebangsaan berkuatkuasa serta-merta.

Jelas Vingada, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismai Sultan Ibrahim dan bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

“Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta.

“Malah Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.