Najib Umum Diskaun 50% Tiket Untuk MRT, LRT, Monorel

15
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan “hadiah” sempena pelancaran MRT laluan Sungai Buloh-Kajang hari ini, berupa diskaun 50% untuk semua perjalanan MRT, LRT, monorel dan BRT (Bus Rapid Transit).

Diskaun itu akan bermula esok sehingga 31 Ogos ini, kata perdana menteri ketika melancarkan MRT fasa ke-2 itu di stesen MRT Tun Razak Exchange, hari ini.

Pengguna laluan baharu itu juga boleh menaikinya secara percuma bermula 4 petang sehingga malam ini.

MRT Sungai Buloh-Kajang memiliki 31 stesen dengan kos RM21 bilion, kurang RM2 bilion daripada anggaran asal iaitu RM23 bilion.

SHARE
Previous articleMRT: Siap Sepenuhnya, Kurang Daripada Bajet Asal
Next article139 Petugas Haji Berlepas Ke Tanah Suci Hari Ini