Najib Ucap Selamat Menyambut Thaipusam

94
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, Thaipusam disambut setiap tahun bila masyarakat Hindu Malaysia menunaikan ikrar mereka.

Ia adalah juga masa bagi Malaysia menunjukkan kepada dunia semangat tulen 1Malaysia.

Najib berkata, sekalipun bersifat keagamaan, perayaan Thaipusam di Malaysia menonjolkan keseragaman kepada dunia dengan rakyatnya menghormati budaya, agama dan kepercayaan satu sama lain.

“Kita mesti terus menegakkan prinsip mulia ini demi memperkukuhkan lagi perpaduan dan kesatuan nasional dengan semangat tulen 1Malaysia,” kata beliau dalam perutusan bersempena sambutan perayaan itu esok, dalam blognya www.najibrazak.com.