Najib Tidak Perlu Alasan Singkir Mukhriz – MYKMU

178
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu alasan untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dari jawatannya, kata blog pro UMNO, MYKMU.NET

Menerusi satu artikel di blog berkenaan hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO dan Perdana Menteri berhak membuat keputusan itu asalkan beliau mendapat perkenan dari pihak istana negeri.

“Rakyat Kedah memilih ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), ia (Najib) adalah Perdana Menteri dan kemudiannya Istana yang menentukan siapa Menteri Besar.

“Prinsip asasnya, kolektif (rakyat) dan preogratif (Perdana Menteri, Istana). Oleh yang demikian, untuk apa Najib berkonspirasi menggantikan Mukhriz seperti dituduh? Tak perlu pun.

“Dalam sejarah negara ini dah banyak kali keadaan seperti ini berlaku. Tak lama selepas PRU-13 dan kerajaan negeri telah dibentuk, berlaku perubahan jawatan Menteri Besar, antaranya di Terengganu dan Selangor, sekarang (kalau tidak ada aral), Kedah. Sarawak pun ada tapi pilihanraya negeri itu diadakan berasingan,” kata penulis artikel berkenaan.

Menurut artikel itu lagi, rakyat mengetahui bahawa mereka tidak memilih menteri besar dan isu mahu menyingkirkan Mukhriz bukanlah perkara baharu sebaliknya, ia pernah berlaku di dua negeri iaitu di Terengganu dan Selangor.

“Hilang kepercayaan dari Ketua Bahagian, bukan syarat wajib untuk seorang Menteri Besar automatik lepas jawatan, sekalipun ia petunjuk kuat untuk yang berkenaan berundur.

“Kalau ada yang percaya desakan lapan Ketua Cawangan cukup untuk Perdana Menteri berhenti, kenapa 14 ketua bahagian UMNO dari negeri yang sama tidak boleh dijadikan alasan untuk Menteri Besar berhenti? Pasal dah kena batang hidung sendiri?” soalnya. – FMT