Najib Tidak Lakukan Kesalahan Rasuah – Azalina

705
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam amalan rasuah yang membabitkan skandal derma politik RM2.6 billion dan isu anak syarikat 1MDB, SRC International.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kesimpulan itu hasil siasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Berdasarkan semua fakta keterangan saksi, Peguam Negara berpuas hati bahawa Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah.

“SPRM juga mengesahkan RM2.6 bilion didermakan oleh keluarga Diraja Arab Saudi,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar di Parlimen hari ini.

Dalam jawapan bertulis itu. Azalina turut menyatakan SPRM telah menyiasat dan mengesahkan Perdana Menteri tidak melakukan kesalahan rasuah dalam kes SRC International.

Jawapan itu bagi menjawap pertanyaan Mahfuz berkenaan RM42 juta yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadi Najib oleh SRC International.