Najib Tidak Demokrasi, Patut Ditangkap Bawah Sosma – Tun M

549
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tun Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipenjarakan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (Sosma).

Mahathir mengaitkan Najib dengan pemenjaraan bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang selepas membuat laporan polis dalam isu 1MDB.

“Saya ingat Najib perlu disiasat polis dan ditahan bawah Sosma lebih lama daripada Khairuddin.

“Kalau orang seperti Khairuddin, kena soal sebab buat laporan polis, saya ingat Najib kena soal dalam Sosma kerana tidak demokrasi.

“Najib kongkong mesyuarat agung dan tidak benarkan orang bercakap,” katanya ketika berucap dalam satu perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

SHARE
Previous articleRM2.6 Billion Dimasuk Ke Akaun Peribadi Atas Kehendak Penderma – Najib
Next articlePengapungan Terkawal Bahan Api Jimatkan RM11 Bilion – Johari