Najib Sahkan Kemuka Senarai Calon Ganti Mukhriz

611
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengesahkan beliau telah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Tanpa mendedahkan butirannya, kata beliau makluman cadangan atas nama Umno juga telah diserahkan.

“Saya maklum kepada MT (Umno) saya sudah hadap pengerusi Jemaah Pemangku Diraja dan saya telah serah maklum cadangan atas nama pihak Umno.

“Perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat dagangan Dunia Putra sebelepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi Umno.

Sebelum ini spekulasi bertiup kencang Datuk Seri Mukriz Mahathir yang diarah meninggalkan mesyuarat itu akan dilucutkan jawatan menteri besarnya.

Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Diminta wartawan mengulas kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar, Najib enggan mendedahkan butirannya.

“Kita mengumumkan kemudian,” katanya.

Wartawan juga menyoal sama ada terdapat nama-nama calon yang dikemukakan pagi tadi itu ditolak oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Tak ada, tak ada. Nanti saya maklumkan.

“Tak ada pernolakan, (segala) process jalan baik,” katanya. – MK