Najib, Rosmah Tunai Ibadah Umrah

539
0
SHARE

JEDDAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Arab Saudi sempat mengerjakan ibadah umrah di Masjidil Haram, Mekah, semalam.

Beliau kemudiannya berkongsi beberapa gambarnya di tanah suci di laman Facebook.

“Labaik Allah humma labbaik. Alhamdulillah diberi kesempatan mengunjungi rumah Allah untuk menunaikan umrah semalam,” katanya di laman itu.

Turut menunaikan umrah adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum itu, Najib turut berkongsi gambarnya bersama rakyat Malaysia di negara itu menikmati masakan tempatan yang dihidangkan oleh restoran Felda D’Saji Malaysian & Cuisine Restaurant di Jeddah.

“Makan tengah hari bersama rakyat Malaysia di restoran Felda D’Saji di Jeddah. Walau di mana kita berada, makanan Malaysia tetap di hati,” katanya.

Felda D’Saji Malaysian & Cuisine Restaurant yang diuruskan Felda D’Saji Sdn. Bhd. (D’Saji) terletak di Jalan Tahlia adalah restoran Malaysia pertama yang dibuka di Jeddah.

SHARE
Previous articleAmanah Mahu Bertanding Di Kelantan Pada PRU-14
Next articleBung Mokhtar Pertahan Mahathir, Anwar