Najib, Putrajaya Perlu Bersihkan Nama Malaysia – Tun M

534
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Putrajaya perlu membersihkan nama Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, susulan penyiaran dokumentari berhubung pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menulis di blognya chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan kerajaannya ada tugas untuk “membersihkan nama kita”.

“Kerajaan perlu ambil filem dokumentari itu secara serius dan cuba bersihkan nama kita.

“Ambil tindakan terhadap Al-Jazeera di Malaysia tidak akan ubah apa-apa. Dokumentari itu kini viral di Malaysia dan ia masih ditayangkan di seluruh dunia,” tulisnya, hari ini.

SHARE
Previous articleEkonomi Malaysia Kini Lebih Baik, Berbanding Krisis Kewangan Asia 1998 – Najib
Next articleJerebu: Riau Diisytihar Kawasan Darurat