Najib Puji Pak Lah Lepas Tanggungjawab Dengan Baik Lepas Bersara

534
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melepaskan tanggungjawabnya dengan baik selepas bersara, dalam satu ucapan berbau sindiran terhadap seorang lagi pemimpin terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap pada majlis Pentauliahan Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), perdana menteri turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan Abdullah menerajuinya selama 10 tahun.
“Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana memperkenalkan program ini dan dia belajar melepaskan tanggungjawabnya walaupun sudah bersara,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan kejayaan dicapai syarikat GLC selama ini.

“Kita meraikan kejayaan syarikat GLC yang melalui program transformasi merentasi tempoh 10 tahun dengan jayanya.
“Program dilancarkan 10 tahun lalu di dewan yang sama.

Abdullah ketika itu perdana menteri. Saya masih ingat, ketika itu saya hadir,” katanya di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini. – INSIDER