Najib Pertahan Perhimpunan Baju Merah

243
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di ibu negara pada 16 September lalu tidak salah diadakan kerana ia tidak bersifat perkauman.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan, perhimpunan yang berlangsung dengan aman itu membuktikan sokongan kepada kerajaan dan tidak mengganggu urusan seharian dan perniagaan di kawasan terlibat.

“Kita tidak suruh tutup kedai, tiada poster menghasut antara kaum, tiada poster keris berdarah, tiada kata kesat dan tidak ada orang pijak gambar pemimpin bukan Melayu.

“Kita (UMNO) tidak pernah bermain ‘racial card’ tetapi kita kata jangan hina orang Melayu. Kita tetap adil pada orang bukan Melayu, kita percaya pada perkongsian kuasa dan ia masih dipegang kuat UMNO,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bangunan UMNO Bahagian Muar di Jalan Meriam, Muar. – FMT