Najib, Pemimpin Pembangkang, Kutuk Serangan Di Paris

74
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyertai pemimpin dunia lain mengutuk siri serangan kumpulan bersenjata di Paris yang menurut laporan mengorbankan lebih 153 nyawa setakat ini.

“Malaysia mengutuk serangan melampau di Paris hari ini ke atas orang awam yang tidak berdosa. Doa kami untuk rakyat Perancis,” kata Najib di laman Twitter beliau.

Perdana menteri berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku di ibu negara Perancis itu.

“Namun kita mesti kekal bersatu dan tidak berganjak daripada memerangi keganasan,” tambah beliau.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, serangan itu “tidak bertamadun dan bertujuan menanam rasa takut dan gerun di hati semua”.

Dalam satu kenyataan, beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terbunuh, sambil menambah mereka yang di sebalik serangan itu mesti segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

“Kita teguh dalam solidariti dengan rakyat Perancis dalam menghadapi masa-masa yang sukar ini,” katanya.

Presiden Amanah Mohamad Sabu juga turut mengutuk kejadian itu dalam satu kenyataan ringkas.

“Amanah turut mengutuk sebarang pembunuhan orang awam tak kira dilakukan oleh sesiapa sekalipun.

“Seperti juga kami mengutuk pengeboman di masjid, gereja dan pasar awam di Iraq dan Syria,” katanya. – INSIDER

SHARE
Previous articleSerangan Di Paris: Tiada Rakyat Malaysia Terbunuh
Next articleArul Sedia Berdepan Pengkritik 1MDB