Najib Mohon Rakyat Berdoa Keselamatan Jemaah Malaysia

229
0
SHARE

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak memohon rakyat berdoa kepada jemaah Malaysia yang kini menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci supaya selamat dan sentiasa dilindungi.

KRENTUMBANGMEKAH3Dalam laman Facebooknya pagi ini, Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan itu sebagai merujuk kejadian kren tumbang di Masjidilharam kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan.

“Kita teruskan berdoa semoga mereka di sana selamat dan terus dalam lindungan Allah SWT,” katanya. Najib turut memaklumkan sudah dimaklumkan mengenai kejadian di Makkah itu.

“Setakat ini, kerajaan sedang mengesahkan jika ada jemaah Malaysia yang terbabit,’ katanya.